Thursday, August 6, 2009

MOHD FAUZI ABDULLAH- WAKIL RAKYAT BARU MANIK URAI.




KEPUTUSAN RASMI :

Pas : Mohd.Fauzi Abdullah 5348

Umno : Tuan Aziz Tuan Mat 5283

Majoriti Pas 65

Undi Rosak 115%

pengundian 87%

Dalam sistem politik demokrasi sebagaimana yang diamalkan oleh Malaysia, kelebihan satu undi sudah dikira kemenangan mutlak. Pas tidak memerlukan kelebihan 65 undi untuk di istiharkan menang dalam pilihanraya kecil ManiK Urai. Umno pula tidak perlu menutup kekecewaan mereka dengan mendakwa telah mendapat kemenangan moral dengan berjaya mengurangkan majoriti Pas sebanyak 1284 undi berbanding keputusan pilihanraya umum yang lalu. Keseluruhan Situasi pilihan raya kecil Manik Urai kali ini adalah amat berbeza dengan situasi ketika PU 12 yang lalu. Berdasarkan situasi semasa, majoriti 65 undi yang di perolehi oleh Pas telah di kira sebagai kemenangan besar Pas.

Hujah ini di sokong oleh beberapa fakta berikut ;
1. Jentera kempen Umno melibatkan tokoh-tokoh besar seperti Timbalan Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri Kabinet , Menteri-Menteri Besar serta beberapa orang lagi tokoh penting peringkat kebangsaan. Jentera kempen Umno juga di bantu oleh jentera dari beberapa negeri lain seperti dari Selangor, kedah , Pahang serta beberapa negeri lain.

2. Umno telah menampilkan pemidato-pemidato yang hebat. Anak-anak muda dari seluruh negara yang telah di latih secara tubi sebagai pemidato telah di gerakkan secara tersusun ke Manik Urai. Mereka telah membuat gerak gempur yang hebat. Namum begitu mereka masih tidak mampu untuk ‘kecek’ sebahagian besar pakcik makcik di Manik Urai.
3. Dana pilihanraya dari Umno nampaknya jauh lebih besar dari dana pilihanraya Pas untuk pilihanraya kecil ini. Jumlah sebenar dana tersebut hanya dapat di umumkan oleh Pengarah Pilihanraya masing-masing, Datuk Mustapha Mohamad dan Datuk Abdul Fatah. Namun jika melihat kepada gaya dan cara berbelanja, jelas Umno lebih mewah sekaligus menjelaskan bahawa mereka mempunyai dana yang cukup besar.

4. Umno telah menawarkan pelbagai projek pembangunan segera kepada kawasan Manik Urai . Timbalan Perdana Menteri sendiri telah mengumumkan pembinaan jambatan baru yang menghubungkan Manik Urai Baru dan Lama jika Umno menang. Beberapa orang menteri Kabinet pula menawarkan beberapa projek di bawah kementerian masing-masing. Namum begitu, janji-janji pembangunan tidak juga mampu memenangkan Umno.

5. Umno telah mengemukan calon yang cukup berkelibar, anak jati kuala krai yang berkelulusan dari universiti tempatan serta pengurus kesedar yang pernah berkhidmat di pejabat kesedar Manik Urai. Namun begitu, Ketua pemuda umno bahagian Kuala krai ini belum cukup mampu membawa kemenangan.

Peratusan keluar mengundi sebanyak 87% di lihat sebagai peratusan yang tinggi. Ini mengambarkan para pengundi Manik Urai cukup ghairah untuk memenangkan calon masing-masing. Mungkin juga cuti umum yang di berikan oleh kerajaan Kelantan sempena hari mengundi telah banyak memudahkan para penggundi dan sekali gus meningkatkan peratusan keluar mengundi. Banyak pihak berpendapat jika hari mengundi di tetapkan pada hari sabtu oleh SPR, peratusan keluar mengundi akan lebih meningkat tinggi kerana 1,200 pengundi luar dapat balik ke Manik Urai dengan lebih mudah. SPR patut member penjelasan kenapa hari selasa, hari bekerja di pilih sebagai hari mengundi. Mengapa SPR memilih jalan yang menyusahkan penggundi berbanding untuk memudahkan.

Satu persoalanan yang besar, mengapakah Umno masih tidak dapat menang secara total. Meskipun begitu Umno telah berjaya menguasai 5 pusat mengundi dari 9 pusat yang ada. Pengundi di pusat Manik Urai Baru dan Lama telah member kemenangan kepada Umno. Ini mengambarkan majority mereka memang benar-benar menghajatkan sebuah jambatan baru di bina, janji Muhyidin telah melembutkan hati mereka. Manik Urai bukanlah kubu kuat Pas. Ahli tegar Pas dan ahli tegar Umno hampir seimbang. Pengundi yang menentukan kemenangan adalah pengundi atas pagar yang merupakan pengundi saluran 3 dan 4. Mereka di lihat sebagai pengundi yang pragmatik dan penuh beremosi. Mereka bukan penyokong tegar mana-mana parti. Mereka ini boleh mengundi sesiapa sahaja mengikut cita rasa semasa mereka. Mengapakah Umno masih tidak mampu menguasai mereka ini sepenuhnya. Doa dan air mata Nik aziz belum tentu mampu meraih simpati dari pengundi tegar Umno begitu juga rayuan dan janji manis Muhyiddin belum tentu dapat melembutkan hati penyokong tegar Pas. Tumpuan wajar di halakan kepada pengundi saluran 3 dan 4. Mereka inilah yang akan menentukan siapakah Perdana Menteri Malaysia selepas Pilihanraya Umum ke 13 nanti . Nampaknya Najib perlu bekerja lebih keras lagi dan gandingan mantap Najib-Rosmah belum cukup memadai ???

14 JULAI - SIAPA WAKIL RAKYAT M.URAI ???




Tanggal 14 julai nanti adalah tanggal penentu bagi hala tuju politik Pas(pakatan rakyat)dan Umno (barisan nasional). Pilihanraya kecil ini penting bagi kedua-dua parti samada Umno maupun Pas, parti yang di dominasikan oleh bangsa melayu. Banyak sebab kenapa piliharaya kecil Manik Urai menjadi penting. Lantaran itu masing-masing berhempas pulas bagi menentukan kejayaan parti mereka. Masing-masing mengemukan calon yang terbaik yang di fikirkan dapat di terima oleh para pengundi di Dun Manik Urai. Masing-masing mengatur strategi dan pendekatan terbaik untuk menarik hati pengundi terutamanya penggundi atas pagar dan dari golongan muda untuk saluran mengundi 3 dan 4.


Tok pha yang baru dilantik sebagai Ketua Badan Perhubungan Umno Kelantan telah di amanahkan pula sebagai pengarah piliharaya kecil ini. Beliau nampaknya telah bekerja keras demi untuk membuktikan kemampuannya sebagai pemimpin yang boleh di terima oleh Umno Kelantan khususnya. Beliau mesti membuktikan kepada Najib bahawa beliau adalah orang yang paling layak mengantikan Anuar Musa. Sebagai pengarah pilihanraya, beliau telah membentuk jenteranya sendiri tanpa terlalu bergantung kepada jentera Umno Bahagian Kuala Krai. Beliau nampaknya cukup sedar bahawa Umno Bahagian sedang menghadapi krisis kepimpinan dan krisis pemaufakatan. Makanya kerja dan tugasan tidak boleh di harapkan sangat. Najib sendiri terlalu mengharapkan kemenangan kerana Kemenangan di Manik Urai adalah hadiah yang tak ternilai menjelang 100 hari beliau sebagai Perdana Menteri. Beliau dah cukup di malukan dengan keputusan di Kuala Terengganu, Bukit gantang dan Penanti. Harapan Najib semoga Manik Urai akan dapat menebus kembali malunya. Adakah seruan Satu Malaysia yang Najib laungkan, yang Najib gemakan dapat sampai ke gegendang telinga para pengundi Manik Urai.




Isu Pas menolak kerajaan perpaduan sedikit sebanyak telah mempengaruhi emosi masyarakat melayu dan umno nampaknya telah berjaya meraih sedikit simpati.Pas mahukan kemenangan dan kesimbungan 5 penggalnya di pertahankan, Manik Urai di katakana kubu pas dari dulu dan untuk selamanya. Kekuatan peribadi Nik Aziz sebagai tok guru di tonjolkan dan di eksplotasikan sepenuhnya. Nik Aziz di nobatkan sebagai ikon rakyat Kelantan dan orang Manik urai akan kesal jika menolaknya. Memilih calon pas bermakna menerima Nik Aziz untuk terus menjadi Menteri Besar Kelantan dan mengiktirafnya sebagai ikon orang-orang Pas. Pas tentunya bekerja keras mempertahankan maruah partinya, hampir kesemua tokoh pas pusat dan negeri hadir di pusat penamaan calon. Kemenangan Pas di Manik Urai bermakna kemenangan Pas mengharungi badai dan gelombang politik yang menimpa dalam masa kebelakangan ini.




Proses penamaan calon telah berjalan dalam keadaan aman dan teratur, ribuan penyokong kedua pihak nampaknya semakin matang berpolitik. Mereka tidak melakukan sebarang provokasi terhadap parti lawan, masing-masing dengan agenda sendiri. Pihak PDRM dan SPR patut di puji kerana telah mengambil langkah yang bijak dan proaktif dan menguruskan hari penamaan calon. Suasana di hari penamaan calon cukup harmonis. Di luar pagar sekolah menengah sultan yahya petra, para penyokong kedua-dua pihak begitu sabar berjemur panas sehingga pengurus penamaan calon selesai membuat pengumunan pada jam 11.15 pagi . Dari sudut kesetiaan menunggu, nampaknya para penyokong Pas tidak sedikitpun bergerak dari medan berhimpun, mereka menunggu dengan sabar. Panas terik matahari tidak sedikitpun mengusarkan mereka. Manakala para pembawa bendera umno serta penyokongnya telah bersuarai lebih awal, mereka telah beredar ke warung-warung kopi dan berlindung di bawah-bawah pokok besar serta ada yang pulang lebih awal.Sepanjang dua hari saya di kawasan Manik Urai, saya memerhati dengan penuh minat tentang isu-isu yang di timbulkan oleh kedua-dua pihak. Di samping itu saya juga cuba mendapat reaksi dari pelbagai orang terhadap isu-isu yang di gembar gemburkan itu. Di antara isu-isu panas yang di timbulkan oleh Pas ialah isu royalty minyak, isu Kelantan di pinggirkan kerajaan pusat, isu umno menolak perlaksanaan hukum islam dan isu umno tidak membela nasib penggundi selepas pilihanraya selesai.Manakala Umno pula membawa isu pembangunan, isu Manik Urai yang masih mundur meskipun setelah 5 penggal dibawah pas, isu calon Pas yang tidak berpelajaran tinggi, isu Pas menolak agenda perpaduan bangsa dan isu anak Kelantan terpaksa merantau ke luar Kelantan untuk menyara kehidupan. Isu perpecahan dalam pakatan rakyat serta isu Nasaruddin mat isa, Timbalan Presiden Pas juga bertiup kencang. Apapun isu yang di mainkan oleh Pas maupun Umno, nampaknya rakyat Manik Urai telah semakin matang menilai. Hampir 40% pengundi adalah terdiri dari pengundi muda(saluran 3 dan 4) yang di lihat sebagai faktor penentu kemenangan kepada mana-mana parti nanti. Di anggarkan lebih 1,500 orang penggundi Manik Urai kini bermastautin di luar Manik Urai, kebanyakannya bekerja di lembah kelang. Kepulangan mereka amat di harapkan dan merekalah yang di jangka menentukan kemenangan.




Kedua-dua calon dalah anak jati Kuala Krai. Kedua-dua mereka mempunyai rakan dan taulan serta sahabat handai di kawasan Manik Urai. Kedua-dua calon sudah tidak asing lagi bagi orang ManiK Urai dan mereka berdua juga tidak kekok untuk bersama dengan setiap orang di Manik Urai. Pertembungan Tuan Aziz dari Umno dengan Mohd fauzi dari Pas dapatlah di ibarat seperti buku bertemu ruas. Kepada semua penggundi yang layak mengundi di Manik Urai, pakat-pakat keluar mengundi beramai-ramai. Anak-anak di perantauan pula pakat-pakatlah pulang samada di beri elaun tambang ataupun tidak. Pecahkan rekod peratusan keluar mengundi. Imej masa depan Pas dan Umno adalah di tangan tuan-puan. Selamat Mengundi !!!.

DUM MANIK URAI - BUKU DAN RUAS




Umno dan Pas telah pun mengemukakan ayam tambatan masing-masing. Penamaan calon akan berlangsung pada hari isnin, 6 hb.Julai nanti. Namun calon telah diumumkan lebih awal supaya calon dan penyokong masing-masing dapat membuat persedian awal dan lebih rapi serta pengundi pula dapat membuat penilaian terperinci terhadap calon-calon yang bakal di undi pada 14 hb. Julai nanti.

UMNO mengemukan Tuan Aziz Tuan Mat, 39, Ketua Pemuda Bahagian K.Krai dan juga Pengurus Pemantauan dan Penyelarasan Program di Ibu Pejabat Kesedar di Gua Musang. Beliau adalah anak jati Kuala Krai yang mendapat pendidikan awal di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Yok Chai sebelum berpindah ke Sekolah Kebangsaan Sultan Yahya Petra dan seterusnya ke Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra di bandar ini. Selepas menamatkan pengajian di UTM, anak keempat dari enam beradik itu bertugas di beberapa buah syarikat swasta di Kuala Lumpur sebelum kembali ke Kuala Krai untuk berkhidmat bersama Kesedar pada tahun 1997. Tuan Aziz pernah bertugas di Manik Urai, Pejabat Kesedar yang terletak di Peria. Beliau kemudiannya di tukarkan ke ibu Pejabat Kesedar di Gua musang oleh Pengerusi Kesedar Datuk Ramzi yang juga Ketua Bahagian Umno K.Krai kerana di katakana tidak sebulu dan dikatakan juga sebagai orang kuat Datuk Wan Zahid , bekas Ketua Bahagian juga bekas Pengerusi Kesedar. Orang-orang UMNO K.Krai sedia maklum bahawa Ramzi dan Wan Zahid adalah seteru politik yang tak boleh duduk semeja apatah lagi nak berdepan mata nak tatap anak mata. Orang-Orang Umno K.Krai juga senyum sinis bila mendengar kata-kata Tim.Presiden parti bahawa tak ada chah keting di Manik Urai. "Kita yakin beliau berkemampuan, ada pengalaman dan kelulusan yang tinggi serta biasa dengan masyarakat setempat dan saya percaya beliau boleh menjadi wakil yang berkesan untuk seluruh pengundi di Manek Urai,'' kata Tim.Presiden Umno pada sidang akhbar selepas pengumuman itu.

Pas pula mengemukan Mohd.Fauzi Abdullah,50, Bendahari Pas Kawasan Kuala Krai. Beliau juga merupakan anak jati Kuala Krai. Seorang yang peramah dan suka berkawan sesuai dengan kerjayanya sebagai penjual dan pemborong ikan di pasar besar Kuala Krai. Beliau di lihat sebagai ganti dan saling tak tumpah macam arwah paksu weil. Sejak remaja lagi sikapnya gemar membantu, maka tak hiaranlah kalau dia lebih berminat membantu ekonomi keluarga dari membaca buku. Beliau terdiri dari keluaga yang kurang berada , namum kakaknya berjaya jadi professor di sebuah IPTA ternama, abangnya seorang jurutera awam, seorang kakaknya pula jururawat yang peramah di Hospital K.Krai manakala adek lelakinya seorang Juruukur tanah berlesen yang berjaya di utara semenanjung dan seorang lagi adek lelakinya seorang programmer computer di sebuah syarikat multinational. Fauzi memang di kenali ramai di daerah Kuala Krai termasuk kawasan Manik Urai. Beliau sering berulang alik ke Manik Urai sejak biliau remaja lagi atas urusan bisnes ikannya serta kerumah kakaknya yang menetap di Manik Urai kerana abang iparnya seorang polis yang bertugas di Manik urai. Pemilihan Mohd. Fauzi adalah pilihan yang tepat bagi Pas dan di terima oleh penyokong Pas Manik Urai.Pertembungan antara Tuan Aziz dan Mohd.Fauzi di ikuti pula dengan pertembunganantara pengaruh Ramzi dan Wan Zahid, menjadikan pertandingan 3 penjuru di Manik Urai ???

DUN MANIK URAI - CALON JADI PENENTU ???


BUKANLAH KERUSI KERAMAT JADI TARUHAN
BUDI DAN JASA JADI HITUNGAN
DUN Manik Urai – Calon Jadi Penentu ???

SPR telahpun menetapkan tarikh penamaan calon pada 6 hb Julai dan tarikh pengundian pada 14 hb julai 2009. Tempoh berkempen 8 hari sahaja.

Siapa yang akan menang akan di tentukan pada 14 Julai ini , iaitu pada hari penamaan calon. Ini kerana Faktor calon adalah faktor mutlak yang akan membawa kemenangan di Manik Urai. Kedudukan pengaruh PAS dan UMNO adalah hampir seimbang. Pada pilihanraya umum ke 12 yang lalu Ismail Yaacob(Allahyarham) Timbalan Yang Di Pertua Pas Kuala Krai telah menewaskan Mohamed Zulkifli Omar (yang lebih di kenali dengan panggilan Zuki ) Ketua Pemuda Umno kuala Krai dengan majoriti 1,352. Zuki adalah penyandang ketika itu dimana beliau telah berjaya menewaskan Ustaz Zamzuri Mat Lazim dalam PU ke 11 dengan majoriti tipis 53 undi. Bagi menjadikan pilihanraya DUN Manik Urai ini nanti sebagai pertemuan buku dengan ruas, memilih calun yang tepat adalah menjadi satu kepastiaan oleh Pas maupun Umno.
Calon yang bakal di tonjolkan oleh Pas dan Umno mestilah terdiri anak tempatan yang bermaustautin di Mukim Manik Urai. Manik urai di gembar gemburkan sebagai kubu kuat Pas, ini kerana sepanjang pilihanraya Pas cuma kalah 2 kali. Kekalahan Pas pada pilihanraya 2004 di katakana oleh faktor calon. Saya berpendapat, Umno perlu mencari 2 orang calon anak tempatan. Seorang sebagai bakal calon dan seoarang lagi akan bertanding sebagai calon bebas. Jika calon bebas boleh menarik undi sekitar 300 undi, Umno boleh menang. Calun bebas boleh meraih undi lebih dari 300 undi jika beliau terdiri dari anak tempatan yang dikatakan pengundi akan ‘malu mata’ dengannya, juga mempunyai anak beranak atau waghi wagha yang ramai di kawasan DUN Manik Urai.

Umno di jangka mencalonkan Naib Ketua Bahagiannya iaitu saudara Abdul Jalal b.Muda (Lebih di kenali dengan panggilan Abg Jalal Pak Muda) yang kini menetap di Mukim Manik Urai. Namum begitu di kabarkan beberapa orang lagi sedang melobi supaya di pilih sebagai bakal calon Umno. Umno Bahagian Kuala Krai di katakan senentiasa berpuak-puak setiap kali tiba musim pilihanraya. Mana-mana tokoh yang tidak terpilih akan melakukan aktiviti tikam belakang dan Chah keting kepada calon yang dipilih. Semua orang kuat Umno Kuala Krai tahu perkara ini. Politik Umno kuala Krai sudah lama bermasalah. Harap Datuk Pha (Mustaffa Muhammed) yang baru di lantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan dapat menyelesaikan perkara ini.

AL FATIHAH UNTUK PAKSU WEIL


ADUN MANIK URAI - TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH
Hj Ismail b. Yaacob ,60, atau lebih di kenali denagan panggilan PakSu weil telah kembali ke rahmatullah pada pagi jumaat 22 mei 09 kira-kira jam 5.55 pagi di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu. Paksu weil di khabarkan telah mengalami masalah penyakit darah tinggi, gout dan jantung sejak empat tahun yang lalu. Beliau meninggalkan seorang balu, Siti Zainab Ibrahim 58 dan 11 orang anak.
Beliau telah berkhidmat sebagai ADUN Manik Urai selama 5 penggal semenjak 1985. Beliau di kenali sebagai seorang yang cepat mesra dan pandai berkawan serta juga seorang yang agak 'gedebe'. Sebahagian besar masyarakat Manik Urai terasa sangat akan kepergiaannya. Jasa dan pengorbanannya selama 5 penggal sebagai wakil rakyat akan tetap di abadikan dalam lipatan sejarah masyarakat Manik Urai. Moga rohnya di rahmati Allah , Amen.