

Tanggal 14 julai nanti adalah tanggal penentu bagi hala tuju politik Pas(pakatan rakyat)dan Umno (barisan nasional). Pilihanraya kecil ini penting bagi kedua-dua parti samada Umno maupun Pas, parti yang di dominasikan oleh bangsa melayu. Banyak sebab kenapa piliharaya kecil Manik Urai menjadi penting. Lantaran itu masing-masing berhempas pulas bagi menentukan kejayaan parti mereka. Masing-masing mengemukan calon yang terbaik yang di fikirkan dapat di terima oleh para pengundi di Dun Manik Urai. Masing-masing mengatur strategi dan pendekatan terbaik untuk menarik hati pengundi terutamanya penggundi atas pagar dan dari golongan muda untuk saluran mengundi 3 dan 4.
Tok pha yang baru dilantik sebagai Ketua Badan Perhubungan Umno Kelantan telah di amanahkan pula sebagai pengarah piliharaya kecil ini. Beliau nampaknya telah bekerja keras demi untuk membuktikan kemampuannya sebagai pemimpin yang boleh di terima oleh Umno Kelantan khususnya. Beliau mesti membuktikan kepada Najib bahawa beliau adalah orang yang paling layak mengantikan Anuar Musa. Sebagai pengarah pilihanraya, beliau telah membentuk jenteranya sendiri tanpa terlalu bergantung kepada jentera Umno Bahagian Kuala Krai. Beliau nampaknya cukup sedar bahawa Umno Bahagian sedang menghadapi krisis kepimpinan dan krisis pemaufakatan. Makanya kerja dan tugasan tidak boleh di harapkan sangat. Najib sendiri terlalu mengharapkan kemenangan kerana Kemenangan di Manik Urai adalah hadiah yang tak ternilai menjelang 100 hari beliau sebagai Perdana Menteri. Beliau dah cukup di malukan dengan keputusan di Kuala Terengganu, Bukit gantang dan Penanti. Harapan Najib semoga Manik Urai akan dapat menebus kembali malunya. Adakah seruan Satu Malaysia yang Najib laungkan, yang Najib gemakan dapat sampai ke gegendang telinga para pengundi Manik Urai.
Isu Pas menolak kerajaan perpaduan sedikit sebanyak telah mempengaruhi emosi masyarakat melayu dan umno nampaknya telah berjaya meraih sedikit simpati.Pas mahukan kemenangan dan kesimbungan 5 penggalnya di pertahankan, Manik Urai di katakana kubu pas dari dulu dan untuk selamanya. Kekuatan peribadi Nik Aziz sebagai tok guru di tonjolkan dan di eksplotasikan sepenuhnya. Nik Aziz di nobatkan sebagai ikon rakyat Kelantan dan orang Manik urai akan kesal jika menolaknya. Memilih calon pas bermakna menerima Nik Aziz untuk terus menjadi Menteri Besar Kelantan dan mengiktirafnya sebagai ikon orang-orang Pas. Pas tentunya bekerja keras mempertahankan maruah partinya, hampir kesemua tokoh pas pusat dan negeri hadir di pusat penamaan calon. Kemenangan Pas di Manik Urai bermakna kemenangan Pas mengharungi badai dan gelombang politik yang menimpa dalam masa kebelakangan ini.
Proses penamaan calon telah berjalan dalam keadaan aman dan teratur, ribuan penyokong kedua pihak nampaknya semakin matang berpolitik. Mereka tidak melakukan sebarang provokasi terhadap parti lawan, masing-masing dengan agenda sendiri. Pihak PDRM dan SPR patut di puji kerana telah mengambil langkah yang bijak dan proaktif dan menguruskan hari penamaan calon. Suasana di hari penamaan calon cukup harmonis. Di luar pagar sekolah menengah sultan yahya petra, para penyokong kedua-dua pihak begitu sabar berjemur panas sehingga pengurus penamaan calon selesai membuat pengumunan pada jam 11.15 pagi . Dari sudut kesetiaan menunggu, nampaknya para penyokong Pas tidak sedikitpun bergerak dari medan berhimpun, mereka menunggu dengan sabar. Panas terik matahari tidak sedikitpun mengusarkan mereka. Manakala para pembawa bendera umno serta penyokongnya telah bersuarai lebih awal, mereka telah beredar ke warung-warung kopi dan berlindung di bawah-bawah pokok besar serta ada yang pulang lebih awal.Sepanjang dua hari saya di kawasan Manik Urai, saya memerhati dengan penuh minat tentang isu-isu yang di timbulkan oleh kedua-dua pihak. Di samping itu saya juga cuba mendapat reaksi dari pelbagai orang terhadap isu-isu yang di gembar gemburkan itu. Di antara isu-isu panas yang di timbulkan oleh Pas ialah isu royalty minyak, isu Kelantan di pinggirkan kerajaan pusat, isu umno menolak perlaksanaan hukum islam dan isu umno tidak membela nasib penggundi selepas pilihanraya selesai.Manakala Umno pula membawa isu pembangunan, isu Manik Urai yang masih mundur meskipun setelah 5 penggal dibawah pas, isu calon Pas yang tidak berpelajaran tinggi, isu Pas menolak agenda perpaduan bangsa dan isu anak Kelantan terpaksa merantau ke luar Kelantan untuk menyara kehidupan. Isu perpecahan dalam pakatan rakyat serta isu Nasaruddin mat isa, Timbalan Presiden Pas juga bertiup kencang. Apapun isu yang di mainkan oleh Pas maupun Umno, nampaknya rakyat Manik Urai telah semakin matang menilai. Hampir 40% pengundi adalah terdiri dari pengundi muda(saluran 3 dan 4) yang di lihat sebagai faktor penentu kemenangan kepada mana-mana parti nanti. Di anggarkan lebih 1,500 orang penggundi Manik Urai kini bermastautin di luar Manik Urai, kebanyakannya bekerja di lembah kelang. Kepulangan mereka amat di harapkan dan merekalah yang di jangka menentukan kemenangan.
Kedua-dua calon dalah anak jati Kuala Krai. Kedua-dua mereka mempunyai rakan dan taulan serta sahabat handai di kawasan Manik Urai. Kedua-dua calon sudah tidak asing lagi bagi orang ManiK Urai dan mereka berdua juga tidak kekok untuk bersama dengan setiap orang di Manik Urai. Pertembungan Tuan Aziz dari Umno dengan Mohd fauzi dari Pas dapatlah di ibarat seperti buku bertemu ruas. Kepada semua penggundi yang layak mengundi di Manik Urai, pakat-pakat keluar mengundi beramai-ramai. Anak-anak di perantauan pula pakat-pakatlah pulang samada di beri elaun tambang ataupun tidak. Pecahkan rekod peratusan keluar mengundi. Imej masa depan Pas dan Umno adalah di tangan tuan-puan. Selamat Mengundi !!!.
No comments:
Post a Comment